Isnin - 17 Januari 2011
Situasi: Saya berpeluang berbual dengan Dato' Naib Canselor UPSI di Dataran KHAR.
Saya: Dato', tidakkah pihak MPP menyampaikan berita mengenai kelewatan kemasukan duit PTPTN kepada Dato'.
Dato': Mereka langsung tak inform saya. I baru tahu hari ini.
Saya: Apakah langkah yang akan diambil oleh Dato' dalam manangani isu ini?
Dato: Saya akan refer kepada HEP supaya wang pendahuluan dimasukkan dalam akaun setiap student.
Cakna bahasa: Melalui dialog perbualan antara saya dengan Dato' Naib Canselor, jelaslah bahawa golongan professional berasa selesa dalam penggunaan percampuran kod yakni bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hal ini disebabkan, golongan ini sudah biasa bertutur dalam bahasa Inggeris dan mereka berasa penggunaan kedua-dua bahasa ini secara serentak adalah suatu perkara yang biasa. Sebenarnya, mereka tidak sedar bahawa kesalahan bahasa yang serius sedang dilakukan iaitu bahasa rojak yang boleh menggugat martabat bahasa Kebangsaan.
Pembetulan:
Saya: Apakah langkah yang akan diambil oleh Dato' dalam manangani isu ini?
Dato: Saya akan merujuk kepada HEP supaya wang pendahuluan dimasukkan dalam akaun setiap pelajar.
Currently have 0 comments: