Cikgu Viv

Laman diskusi Anak Kandung Suluh Budiman

Bahasa Sendi Tamadun Bangsa

Posted by Cikgu Viv on Sunday, April 17, 2011 , under | comments (0)




Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Isnin - 14 Mac 2011

Posted by Cikgu Viv on Monday, March 14, 2011 , under | comments (0)



Situasi: Berita Astra Awani

Pasukan menyelamat dari New Zealand telah sampai di Jepun.

Cakna Bahasa: Penggunaan perkataan menyelamat adalah salah. Menyelamat ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek tetapi dalam penyataan berita yang dikeluarkan itu, perkataan menyelamat diikuti oleh kata sendi. Oleh itu, perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah penyelamat.

Pembetulan: Pasukan penyelamat dari New Zealand telah sampai di Jepun atau Pasukan menyelamat mangsa bencana alam dari New Zealand telah sampai di Jepun.

Sabtu - 11 Mac 2011

Posted by Cikgu Viv on Sunday, March 13, 2011 , under | comments (0)




Situasi: En.Zulkiflee (Pensyarah Fakulti Muzik dan Seni persembahan) sedang bercakap menerusi talian tefefon.

Kami on the way. Dijangka sampai di area Tanjong Malim dalam pukul sebelas setengah pagi.

Cakna Bahasa: Pengunaan percampuran kod yang ketara dalam kalangan golongan profesional.

Pembetulan: Kami dalam perjalanan dan dijangka akan sampai di kawasan Tanjong Malim dalam pukul sebelas setengah pagi.

Jumaat - 11 Mac 2011

Posted by Cikgu Viv on Thursday, March 10, 2011 , under | comments (0)




Situasi: Perbualan di meja makan.

Makanan hotel ini boleh tahanlah. Decoration dia taklah begitu wok tapi the food taste good.

Cakna Bahasa: Penggunaan bahasa Melayu secara cacamarba, dengan kemasukan istilah Inggeris dengan bahasa remaja.

Pembetulan: Makanan di hotel ini boleh tahan kelazatannya. Dekorasi hotel tidaklah begitu mempesonakan namun makanan yang disajikan enak untuk dimakan.


Khamis - 10 Mac 2011

Posted by Cikgu Viv on , under | comments (0)




Situasi: Penggambaran di Petting Zoo, Lost World of Tambun.

Igie (Pelokan watak lelaki): Hello bang nak saya berdiri stail bagaimana?
Jurukamera: Awak, pandang dan berdiri menghadap heroin.

Cakna Bahasa: bahasa Melayu yang rendah sering digunakan.

Pembetulan: Igie: Bagaimanakah gaya berdiri saya yang dimahu oleh abang?
                     Jurukamera: Awak pandang dan berdiri menghadap pelakon wanita. 


Selasa - 8 Mac 2011

Posted by Cikgu Viv on Tuesday, March 8, 2011 , under | comments (0)




Cakna Bahasa: Ejaan: sediaada. Kesilapan yang serius dan masih berlaku walaupun telah ditegur oleh pelbagai pihak mengenai cara mengeja kata majmuk.

Pembetulan: Sedia ada.

Sabtu - 5 Mac 2011

Posted by Cikgu Viv on , under | comments (0)




Budaya mementingkan pembacaan dan proses membalas sms sehingga menghiraukan orang yang menegur atau bertegur-sapa dalam bas.