Laman diskusi Anak Kandung Suluh Budiman

Selasa - 22 Februari 2011

Tuesday, March 8, 2011 , Posted by Cikgu Viv at 3:03 AM



Situasi: Temu ramah bersama-sama dengan Pn.Marini Masdar (Bahagian Hubungan Korporat & Antarabangsa, Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Cakna Bahasa: Sewaktu saya bersama-sama dengan kumpulan saya menemuramah beliau, sayang seribu kali sayang, beliau memberi respon kepada soalan yang kami kemukakan menggunakaan bahasa Melayu yang dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris. Percampuran kod sudah menjadi suatu budaya atau trend dalam kalangan golangan berpendidikan tinggi. Penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa Inggeris sanggat ketara digunakan, misalnya 'I' dan 'You'. Saya memang ingin menegur beliau supaya menggunakan bahasa Melayu yang tinggi dalam sesi temu ramah tersebut tetapi tindakan sebegitu saya rasakan kurang beradab dan sopan. Mengapa perkara sebegini sering berlaku? Adakah penggunaan bahasa Melayu secara menyeluruh dalam interaksi akan menjatuhkan status atau prestij golongan berpelajaran ini? Adakah anda ingin meneruskan cara interaksi percampuran kod atau mendabik dada menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi anda? Tepuk dada tanya selera.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment