Laman diskusi Anak Kandung Suluh Budiman

Isnin - 28 Februari 2011

Tuesday, March 8, 2011 , Posted by Cikgu Viv at 3:08 AM



Cakna Bahasa: Penggunaan bahasa Melayu secara cacamarba. Iklan yang dikeluarkan oleh pihak universiti sendiri memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu yang hadir bersama dengan kata-kata daripada bahasa Inggeris. Melalui iklan seperti ini, jelaslah bahawa pihak penganjur tidak yakin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang dianggap tidak dapat menyampaikan mesej secara cepat kepada penerima (pembaca). Penggunaan ayat-ayat dalam bahasa Inggeris dalam kertas iklan yang diedarkan itu dianggap lebih berkesan kerana mudah difahami penerima (pembaca). Sekiranya pihak universiti sendiri gagal menggunakan bahasa Melayu secara betul dalam edaran iklan tersebut, pihak mana lagikah yang harus dikambinghitamkan? Sungguh mengecewakan. Ingat! Bahasa Sendi Tamadun Bangsa.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment