Laman diskusi Anak Kandung Suluh Budiman

Isnin - 14 Mac 2011

Monday, March 14, 2011 , Posted by Cikgu Viv at 4:48 AM

Situasi: Berita Astra Awani

Pasukan menyelamat dari New Zealand telah sampai di Jepun.

Cakna Bahasa: Penggunaan perkataan menyelamat adalah salah. Menyelamat ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek tetapi dalam penyataan berita yang dikeluarkan itu, perkataan menyelamat diikuti oleh kata sendi. Oleh itu, perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah penyelamat.

Pembetulan: Pasukan penyelamat dari New Zealand telah sampai di Jepun atau Pasukan menyelamat mangsa bencana alam dari New Zealand telah sampai di Jepun.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment