Laman diskusi Anak Kandung Suluh Budiman

Sabtu - 29 Januari 2011

Saturday, January 29, 2011 , Posted by Cikgu Viv at 6:19 AM

Situasi : Teman serumah memberitahu saya bahawa kawannya dari Universiti Malaya meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan.

Igie : Vivek, saya sedihlah. Kawan I daripada Universiti Malaya meninggal dunia siang tadi kena langgar oleh kereta.
Vivek : Alamak (terkejut).

Cakna Bahasa : Ayat yang diujarkan oleh Igie mengandungi beberapa kelemahan. Hal ini mungkin disebabkan dia sudah biasa dengan penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam bahasa Inggeris, misalnya 'I' menggantikan 'saya'. Selain itu, penggunaan 'daripada' ialah kurang sesuai kerana Igie menyatakan tempatnya iaitu Universiti Malaya. Sepatutnya, kata sendi 'dari' yang perlu digunakan dalam dialog tersebut. Kata sendi 'pada' juga telah digugurkannya sebelum menyatakan waktu kejadian (pagi) dalam ayat tersebut.

Pembetulan : Igie : Vivek, saya sedihlah. Kawan saya dari Universiti malaya meninggal dunia pada siang tadi akibat dilanggar oleh kereta.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment